Thursday 6 November 2014

Eksaitod?

Assalammualikum,

Minggu ni antara minggu yang sangat membina sejak awal cuti sem haritu. Aku dapat belajar satu perkara dari minggu ni iaitu, Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi melainkan kepada Allah SWT. Sebab apa? Sebab bila kau letakkan harapan yang terlalu tinggi pada perkara yang lain selain dari Allah apa yang kau dapat hanyalah kecewa (ceh) haha.

Antara benda yang aku buat yang sampai aku kecewa sangat frust menonggeng ialah....pada hari Khamis haritu. Aku ada Thursdate dengan kawan lama aku. Yela kawan gelak ketawa susah senang sedih duka. k. Hm aku dah rancang dah dengan dia nak tengok movie Love,Rosie. Dan disebabkan khamis tu dia pun baru dapat gaji so dialah yang sewajibnya belanja aku kahkah. Gelak gelak jugak bang tapi! End up tengok movie lain (Before i go to sleep). Kau tahu tak aku nak gila tengok cerita tu lagi lagi dengan kawan kau yang gila en macam best la kannnn tapi tulah takda rezeki kannn nak buat macam mana. Haih.

Next cerita. Dah banyak kali banyak kali gila la kan aku cari kerja haha sebab cuti sem kan konon nak kerja. Aku cari dan bagi no kat banyak kedai then nanti diorang cakap la papehal nanti bos call. Tunggu punya tunggu sampai kesudah satu pun tak call. Last last akak aku yang dapat call haha sebab aku cari dengan dia. Kecewa la jugak en. Tapi masa aku keluar dengan kawan lama aku semalam aku beli gelang kat kedai souvenir nampak dia tulis nak perkerja. Aku try la tanya. Malam tu bos dia call. Aku bincang bincang dengan Abah abah kata takyah la Adah sebab jauh dan nanti Abah terkejar kejar mana nak hantar adik dan sebagainya. Kahkah sadis. 

Tadi aku baru dapat baju yang aku beli online. Kau nak tahu tak aku tunggu lama gila kot natang tu nak sampai kat rumah. Bila aku ws dia cakap ada masalah teknikal. Like seriously? Takpa nasib baik aku ni penyabar orangnya. Bila pos laju sampai tu rasa jantung ni berdebar tau almaklumlah benda lama tunggu kan tetiba sampai rasa macam .... okay bye. Aku pun bukak la bungkusan tanpa bismillah. Jengjengjeng hampa kejap. Sebab apa yang aku dapat sangat la tidak memuaskan hati. Orang kata indah khabar dari rupa. Macam baik aku beli baju kosong then aku cop sendiri. Eh even baju tie dye pun lawa kot. Lagi best boleh buat sendiri. Bukan apa, bayaran macam tak sama dengan apa yang aku beli. Siapa tak sakit hati do. Dah la lambat haih at least buat la hari aku rasa gembira sikit, ni tak, menghampakan.

Tu lah dia kekecewaan yang dialami oleh beta dalam 2 minggu ni. Apa kaitan dengan excited? Haa sebab dari excited tu la sebenarnya akan melahirkan perasaan kecewa. Dan bila kau mengharap sengat la kau akan kecewa. Cuba try test kau letak harapan pada Allah. Sesungguhnya Allah itu tidak mengecewakan dan tidak akan pernah mengecewakan. Yang mengecewakan itu hanyalah manusia. Dan ingatlah kita hidup perlu berbajukan kesyukuran. InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment