Thursday 6 November 2014

Eksaitod?

Assalammualikum,

Minggu ni antara minggu yang sangat membina sejak awal cuti sem haritu. Aku dapat belajar satu perkara dari minggu ni iaitu, Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi melainkan kepada Allah SWT. Sebab apa? Sebab bila kau letakkan harapan yang terlalu tinggi pada perkara yang lain selain dari Allah apa yang kau dapat hanyalah kecewa (ceh) haha.

Antara benda yang aku buat yang sampai aku kecewa sangat frust menonggeng ialah....pada hari Khamis haritu. Aku ada Thursdate dengan kawan lama aku. Yela kawan gelak ketawa susah senang sedih duka. k. Hm aku dah rancang dah dengan dia nak tengok movie Love,Rosie. Dan disebabkan khamis tu dia pun baru dapat gaji so dialah yang sewajibnya belanja aku kahkah. Gelak gelak jugak bang tapi! End up tengok movie lain (Before i go to sleep). Kau tahu tak aku nak gila tengok cerita tu lagi lagi dengan kawan kau yang gila en macam best la kannnn tapi tulah takda rezeki kannn nak buat macam mana. Haih.

Next cerita. Dah banyak kali banyak kali gila la kan aku cari kerja haha sebab cuti sem kan konon nak kerja. Aku cari dan bagi no kat banyak kedai then nanti diorang cakap la papehal nanti bos call. Tunggu punya tunggu sampai kesudah satu pun tak call. Last last akak aku yang dapat call haha sebab aku cari dengan dia. Kecewa la jugak en. Tapi masa aku keluar dengan kawan lama aku semalam aku beli gelang kat kedai souvenir nampak dia tulis nak perkerja. Aku try la tanya. Malam tu bos dia call. Aku bincang bincang dengan Abah abah kata takyah la Adah sebab jauh dan nanti Abah terkejar kejar mana nak hantar adik dan sebagainya. Kahkah sadis. 

Tadi aku baru dapat baju yang aku beli online. Kau nak tahu tak aku tunggu lama gila kot natang tu nak sampai kat rumah. Bila aku ws dia cakap ada masalah teknikal. Like seriously? Takpa nasib baik aku ni penyabar orangnya. Bila pos laju sampai tu rasa jantung ni berdebar tau almaklumlah benda lama tunggu kan tetiba sampai rasa macam .... okay bye. Aku pun bukak la bungkusan tanpa bismillah. Jengjengjeng hampa kejap. Sebab apa yang aku dapat sangat la tidak memuaskan hati. Orang kata indah khabar dari rupa. Macam baik aku beli baju kosong then aku cop sendiri. Eh even baju tie dye pun lawa kot. Lagi best boleh buat sendiri. Bukan apa, bayaran macam tak sama dengan apa yang aku beli. Siapa tak sakit hati do. Dah la lambat haih at least buat la hari aku rasa gembira sikit, ni tak, menghampakan.

Tu lah dia kekecewaan yang dialami oleh beta dalam 2 minggu ni. Apa kaitan dengan excited? Haa sebab dari excited tu la sebenarnya akan melahirkan perasaan kecewa. Dan bila kau mengharap sengat la kau akan kecewa. Cuba try test kau letak harapan pada Allah. Sesungguhnya Allah itu tidak mengecewakan dan tidak akan pernah mengecewakan. Yang mengecewakan itu hanyalah manusia. Dan ingatlah kita hidup perlu berbajukan kesyukuran. InsyaAllah...

Saturday 11 October 2014

Shadow.



''Apa lagi yang aku boleh buat?
Apa lagi yang aku nak kata?
 Hanya mampu pandang.
Tanpa harapan yang kabusnya semakin lama semakin menebal.
Semakin tenggelam dibawa angin.
Semakin lemas dihempas ombak.
Semakin sakit dihantui masa''.

Apa lagi yang kau nak aku buat? Aku tak tahu nak buat apa. Selain dari pandang. Pandang je apa yang berlaku kat depan mata. Walau sakit macam mana, apa yang aku boleh buat? Macam mana nak lawan perasaan sendiri kalau bersenjatakan ketakutan. Sedangkan musuh bersenjatakan percakapan yang begitu tajam menikam.

Apa lagi yang penakut ni boleh lakukan....
(Ceh)



Pehal?

Assalammualaikum,

Kau bayangkan eh. Kau dah simpan rahsia lama gila. Rahsia tu kau sorang je tahu. Kau tak bagitahu orang pun, kira macam rahsia antara kau dengan Allah la kan. Lepastu kau leka sikit je. Tetiba ada hamba Allah yang tak bertanggungjawab ni cuba nak tahu rahsia tu. Memang la curious nak tahu rahsia orang ni. Tapi cuba kau bayangkan kalau rahsia tu aib dia. Mula mula tak tahu lepastu dah tahu rasa serba salah pulak. Nak salahkan siapa sebenarnya?

Tapi seriuslah, aku yang kena sebenarnya. Aku mangsa masalahnya. Kau faham tak tu rahsia RAHSIA. Haaa sakit hatilah jugak. Kalau kau tahu kalau kau jenis yang faham memahami semua semua la enn kau takda nak jaga tepi kain orang lain. Sumpah annoying do. Dah dua kali tau masalahnya. Aku rasa macam..... eeee benci do kau. Sumpah. 

Soalan: Nak salahkan siapa sebenarnya?
Jawapan: Salahkan dua dua.
Huraian: Salahkan dua dua sebab first mangsa cuai. Mangsa cuai ni maksudnya kalau kau bebetul care pasal rahsia kau, kau jaga bebebaik kot. Kau tak letak rahsia kau sebelah tong sampah kot, sebelah katil kot. Kalau kau letak sebelah katil budak kecik pun boleh capai au. Tu budak kecik kalau budak besau? Haa.
              Second pemangsa yang tak bertanggungjawab. Bruh kalau kau dah tahu tu rahsia orang yang kau sibuk nak tahu jugak pehal? Kau takda life eh? pft. Serius ah. Kalau tu rahsia kau lepastu orang lain berlari nak tahu kau apa cer? Cuba fikir. Cuba jangan nak gatal sangat tahu. Cuba faham cuba cuba. CUBA JANGAN SIBUK.
                    
Tapi pape pun aku still salahkan kau sebab sibuk menyibuk tak tahu malu nak tahu jugak. Aku taknak salahkan diri aku. Kbai. Jap aku benci kau. K

Friday 10 October 2014


dah jauh memang le lain hm. saja nak cakap rindu (haip) kbai :'D 

Wednesday 16 July 2014

Hoo-yah

Assalammualaikum,

For the first time & forever aku tulis pakai phone la siak hahaha. Aku syak semua orang tertanya tanya mana aku pergi #inisemuapoyo. 
Disebabkan ni blog aku dan kuasa semua di atas tangan aku harini aku nak bagi tazkirah hahahahahahahahahahahaha lagi tak lawak siak. 
Takpalah sebab semua macam tak bagi aku tazkirah biarlah aku cerita apa bestnya malam tadi. 
Disebabkan kita pun berada dalam bulan yang penuh barakah ni iaitu bulan Ramadhan aku pun merajinkan langkah untuk berbuka secara jamaie bersama warga uaitiem & opkoz roommates sendiri. Bagi aku makan ramai ramai ni seronok. Walaupun makanan time tu sampai lambat & banyak pulak dugaan time nak berbuka yela dah ramai ramai cemtu kena la pandai nak survive ambik makanan sendiri. Bagi aku seronok. Ukhwah tu terasa manis bilamana kita berkongsi bersama. Makan dalam satu halaqah adalah satu pengalaman yang mengingatkan aku masa kat selandar dulu #throwback. Ini cerita sedih k. 
Sambung balik. Solat maghrib & isyak opkoz la jemaah brother. Alhamdulillah terawih pun selesai dilakukan secara berjemaah di imamkan oleh siapa aku tak tahu tapi suara hebat laweh. 
Akhirnya tibalah saat yang ditunggu tunggu. Bukan balik bilik k tapi ceramah bersama penceramah bebas ustaz akhil hayy. Bertajukkan "Fifa road to Masyar". Masyaallah sister tajuk pun dah hebat mesti isi pun hebat. Aku la antara orang yang over eksaitod kat situ. Fifa is stand for "Fasting is for Allah". Antara apa yang aku dapat dalam majlis ilmu tu banyak pasal Ramadhon laa kan. 
Then ada satu cerita yang diceritakan oleh beliau mengenai isu yang hangat kat Malaysia ni iaitu apa anak anak? Isu Cadbury -oo- It's not about I'm going to mempertahankan khinzir but this question is quite simple but why are we blaming that innocent animal? Then ustaz pun bagilah satu cerita. Sebelah kiri ada Selena Gomez & sebelah kanan ada khinzir. Then ustaz ada iPhone 6 yang act tak keluar lagi. Dia pun rasa macam nak ambik gambar babi tadi. Okay camera focus bahagian peha babi tadi yang penuh dgan selulit then ustaz hantar kat ws kat insta kat fb twitter eh semua laman social dia nak hantar do. Orang pun mesti tertanya tanya WHY YOU TAKE A PICTURE OF THAT FUCKING ANIMAL?! Over sikit takpa kan ayat? Haha. Lepas puas orang curious pasal gambar tadi ustaz pun rasa macam nak ambik gambar Selena Gomez. Nak bagi fair ustaz pun ambik gambar bahagian yang sama lalu dia pun hantar kat laman sosial. Orang pun macam eh gambar apa lagi dia nak tunjuk ni tadi gambar peha selulit babi ni? Haaaaa so apa persepsi korang? Peha babi dan peha manusia ni lain sis. Silap haribulan gambar peha Selena Gomez tu disebar sebarkan. 
So sekarang ni nak bandingkan peha babi dgan peha Selena tadi mana yang lagi harem? Mestilah peha Selena bukan? Jadi sekarang ni Selena lagi harem dari babi tadi. So I would like to ask you again. Why are we blaming that innocent animal? Dia binatang je weh animal yang haram. Kalau kita kering dia kering kita boleh je pegang dia tanpa perlu disamak. Cuma mestilah orang tanya kau takda haiwan lain ke nak pegang? Hahaha. 
Banyak jugak yang disampaikan pada malam tu. Seronok dengar ceramah ramai ramai kat padang panas panas haha.
InsyaAllah semoga ilmu yang disampaikan oleh ustaz akhil malam tadi diberkati dan diamalkan oleh kita. Ke aku sorang? Haha okay bye uoll. SELAMAT HARI RAYA!! xD  

Wednesday 28 May 2014

Lost and ....



Berubah. Semua orang berubah kot. Aku pun berubah and i dont know why. But before that laa kan sebenarnya berubah ada dua. Satu ke arah kebaikan satu lagi ke arah kejahatan. Well taknak ceramah pun hahaha cuba terfikir pasal isu ni. Cehh isu. Takda la berubah ni sebenarnya boleh effect seseorang. Sama ada dia jadi okay atau tak tu terpulang kat perasaan seseorang tu laa kan. Macam orang selalu kata ''susah nak puaskan hati semua orang''. Aku pernah baca satu tweet ni tapi dalam bi la meh sini aku translate ''perasaan yang sebenar takkan pernah cuba berubah'' kahkah geli kan tapi betul haha macam terkena jugak la tembakan bertubi tubi. Okay dah. Moral of the value nak buat sesuatu tu pastikan declare jangan jadikan alasan bila alasan lain sibuk larikan diri. Selagi benda tu ada kaitan dengan kawan. AKU KESAH


Monday 12 May 2014

or nah?



Setelah sekian lama berkabung. Aku rasa macam nak delete jadah kat bawah ni tapi kita jadikan pedoman yedak? Disebabkan semua keputusan dah keluar marilah sama sama jadi matang sebab aku pun kena hantar jauh tak lama lagi. Hmm jauh tak jauh yang penting nawaitu tuuu. Tapi yang sebenarnya aku macam tak ready pape je hahaha entah laaa. Cuaks excited nervous feelingless pun ada ha ha ha ha hahahahahahahahahahahahahaha

diploma senibina landskap uitm seri iskandar perak.
Jom joget
K